Pengauditan Interim

Posted on November 23, 2009. Filed under: Hebahan | Tags: , , , , |

Saya Shah Iskandar dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada semua sekolah di Kedah bahawa Bahagian Audit Sekolah Kedah akan menjalankan pengauditan interim bermula pada November 2009 ini. Oleh itu ingin dimaklumkan supaya pihak sekolah bersiap siaga dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan sehingga bulan Oktober untuk tujuan pengauditan interim ini.

Berikut adalah definisi dari Audit Negara [link]

4.0 DEFINISI

(a) Pengauditan Interim

Pengauditan yang dijalankan sebelum penyata kewangan diterima bagi membantu mengesahkan ketepatan Penyata Kewangan Tahunan. Terdapat 2 aspek pengauditan interim iaitu pengauditan sistem dan pengauditan transaksi.

(i) Pengauditan Sistem

Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan sama ada tahap kawalan dalaman
sistem perakaunan yang wujud di pejabat auditi adalah mencukupi dan
memuaskan. Antara sistem yang perlu dikaji ialah sistem bayaran, terimaan,
pelarasan jurnal dan gaji di peringkat Pejabat Perakaunan.

(ii) Pengauditan Transaksi

Semakan terhadap rekod dan dokumen perakaunan yang diproses melalui sistem
perakaunan dan kewangan berkomputer atau secara manual yang beroperasi di
pejabat auditi. Tujuannya ialah untuk mengesahkan sama ada rekod dan
dokumen tersebut telah disediakan dengan sempurna, tepat, kemaskini dan
selaras dengan kehendak peraturan kewangan serta undang-undang.

p/s Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah/ apakah pengauditan sistem itu? Sebenarnya untuk sekolah-sekolah pengauditan sistem adalah seperti yang terkandung dalam Bas-08 yang diperakukan oleh pihak sekolah. Contohnya seperti Kawalan Terimaan, Kawalan Bayaran dan Kawalan Pengurusan. Sila perbetulkan sekiranya saya silap.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Laman Web Pej Audit Sekolah Kedah

Posted on November 23, 2009. Filed under: Q & A | Tags: , , , |

Q :BESARI: Asalamualaikum.. Nak Tumpang Tanya nie.. Ni Laman Web Pej Audit Sekolah Kedah Ka

A : Waalaikummussalam..BESARI ini bukanlah laman web Pej Audit Sekolah Kedah tetapi laman blog yang dijalankan oleh saya sebagai kakitangan di pejabat ini. Ini bukanlah laman rasmi tetapi sebagai tempat saya untuk memberikan pandangan dan panduan buat kakitangan dan pengurus sekolah serta kakitangan Bahagian Audit Sekolah di negeri lain sebagai panduan.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Akaun Suwa – Kekurangan Peruntukan

Posted on November 23, 2009. Filed under: Q & A | Tags: , , , , , , |

Q :eSalina: saya staf di SJK. Nak tanya ckit… Kalau kutipan PIBG belum dibuat, bagaimana caranya untuk membuat bayaran Kertas Ujian Awal & pertengahan tahun, Baki yang ada pada tahun lalu tidak mencukupi.

A : eSalina terima kasih kerana bertanya. Seperti sedia maklum semua sekolah lambat membuat kutipan yuran kerana menunggu hasil daripada mesyuarat Agong PIBG Semalaysia dan kata putus daripada kementerian. Walaubagaimana pun pada bulan jun/julai semua seperti semua sedia maklum kutipan yuran adalah ditentukan pada mesyuarat agong PIBG sekolah masing-masing . Mungkin ada yang menentukan RM10 ringgit sahaja dan mungkin ada yang menentukan lebih dari RM 100. Itu terpulang kepada ibu bapa dan PIBG sekolah terbabit samaada mahu anak-anak mereka mendapat aktiviti atau program-program tambahan ataupun tidak. Malah mungkin juga ada sekolah yang tidak akan menjalankan aktiviti tambahan yang lain kerana diluar kemampuan kewangan.

Oleh itu eSalina berkenaan masalah puan saya cadangkan untuk memohon pindah peruntukan diantara peruntukan Kumpulan Wang Suwa ataupun diantara kumpulan bantuan perkapita (PCG) mata pelajaran dan bukan mata pelajaran etc.
Sila buat rujukan di buku tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan kumpulan wang sekolah dimuka surat 293 dan selanjutnya. Harap ini dapat membantu. ^_^

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Memohon Jawatan Di Bahagian Audit Sekolah

Posted on November 23, 2009. Filed under: Q & A | Tags: , , , , |

Q:
Murhazila binti Muhamad: akum En. Iskandar, saya ingin bertanya macamana kalau berminat untuk memohon untuk memohon jawatan audit sekolah. Sila beri tunjuk ajar. Terima Kasih

A :
Pn/Cik Murhazila untuk memohon jawatan di bahagian audit sekolah silalah nyatakan destinasi tempat untuk bekerja di borang pertukaran yang mana akan diuruskan oleh Bahagian Sumber Dan Manusia.Untuk makluman sekarang masih ada 4 kekosong perjawatan P&O  Sekian Terima Kasih.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Alamat Bahagian Audit Sekolah Di Malaysia

Posted on November 23, 2009. Filed under: Uncategorized | Tags: , , , |

Bahagian Audit Sekolah Johor
Lot G7-G10, Tingkat Bawah
Bangunan Pusat Profesional
Jalan Syed Mohd Mufti
80000 Johor Bahru, Johor
No.Tel: 07-2230632. No. Faks: 07-2223870

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Muar
No. 82-39 Tingkat 1
Batu 1 1/4 , Jalan Bakri
84000 Muar, Johor
No.Tel: 06-9522585. No. Faks: 06-9536832

Bahagian Audit Sekolah Kedah
Aras 1, Zon A, Wisma Persekutuan Anak Bukit,
Bandar Muadzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah
No.Tel: 04-7337454. No. Faks: 04-7344329

Bahagian Audit Sekolah Kelantan
Tingkat 3, Wisma Ilmu
Jalan Doktor
15000 Kota Bharu, Kelantan
No.Tel: 09-78482731. No. Faks: 09-7479320

Bahagian Audit Sekolah Melaka
Aras 7, No. 110
Yayasan Melaka Off Jalan Hang Tuah
75300 Melaka
No.Tel: 06-2847479. No.Faks: 06-2819014

Bahagian Audit Sekolah Negeri Sembilan
Tingkat 2, Lot A & B, Wisma DPMS
Jalan Dato* Bandar Tunggal
70000 Seremban, Negeri Sembilan
No.Tel: 06-7630803. No. Faks: 06-7630100

Bahagian Audit Sekolah Pahang
Jalan Gambut
25000 Kuantan, Pahang
No.Tel: 09-5138097. No. Faks: 09-2819014

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Temerloh
Aras 2, Bangunan Gunasama Persekutuan Temerloh
Jalan Merdeka
28000 Temerloh, Pahang
No.Tel: 09-2961505. No. Faks: 09-2960587

Bahagian Audit Sekolah Perak
Lot 4A3, Tingkat 4, Blok A
Bangunan Persekutuan Ipoh
Jalan Dato* Seri Ahmad Said
30450 Ipoh, Perak
No.Tel: 05-2545355. No. Faks: 052414034

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Taiping
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Jalan Istana Larut
34000 Taiping, Perak
No.Tel: 05-8074548. No. Faks: 05-8069931

Bahagian Audit Sekolah Perlis
Tingkat 4, Bangunan Persekutuan
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar, Perlis
No.Tel: 04-9763567. No. Faks: 04-9764341

Bahagian Audit Sekolah Pulau Pinang
Tingkat 34, Menara Komtar
10000 Pulau Pinang
No.Tel: 04-2637037. No. Faks: 04-2617011

Bahagian Audit Sekolah Selangor
Tingkat 16, Wisma KWSG
Jalan Kg. Attap
50604 Kuala Lumpur
No.Tel: 03-22745926. No. Faks: 03-22739311

Bahagian Audit Sekolah Wilayah Persekutuan
Tingkat 16, Wisma KWSG
Jalan Kg. Attap
50604 Kuala Lumpur
No.Tel: 03- 22743275. No.Faks: 03-22733757

Bahagian Audit Sekolah Sabah
Tingkat 5, Blok D
Bangunan KWSP
Peti Surat No. 14
88000 Kota Kinabalu, Sabah
No.Tel: 088-234241. No. Faks: 088-234241

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Sandakan
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Beg Berkunci No. 2
Pejabat Pos Wisma Persekutuan
90400 Sandakan, Sabah
No.Tel: 089-668500. No. Faks: 089-669290

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Tawau
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Peti Surat no. 499
91007 Tawau, Sabah
No.Tel: 089-776478. No. Faks: 089-776068

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Beaufort
Tingkat 2, Wisma Persekutuan
Beg Berkunci No. 15
89808 Beaufort, Sabah
No.Tel: 087-211057 / 087-211853.
No.Faks: 087-212797

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Yuran Tahun 2009

Posted on November 23, 2009. Filed under: Uncategorized | Tags: , , , , , , |

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Disini saya tertarik untuk membicarakan tentang surat arahan berkenaan membenarkan PIBG membuat keputusan dalam menentukan kadar kutipan untuk yuran tahun 2009 bagi sekolah masing-masing.

Disini wujudnya pendapat atau pemahaman wang yang dikutip itu hendaklah diberikan kepada pihak PIBG untuk diuruskan oleh PIBG. Inilah persoalan yang perlu dijelaskan hampir setiap hari oleh saya dan sahabat saya. Oleh itu saya akan memberikan satu perumpamaan yang mudah bagi pengurus sekolah dan guru-guru dan wakil PIBG untuk memahaminya.

1. Didalam surat arahan tersebut hanya menyatakan bahawa memberi kuasa kepada PIBG untuk menentukan kadar kutipan yang dipersetujui dalam mesyuarat PIBG sahaja, tidak ada pula kandungan yang mengatakan ” Wang kutipan yuran hendaklah diakaunkan ke akaun PIBG “. Oleh itu pekeliling lama dan arahan yang terdahulu masih termaktub.

2. Berkenaan dengan kadar yuran yang diputuskan tidak memerlukan kelulusan oleh Pegawai Pendaftar tetapi adalah labih bagus dan baik sekiranya satu salinan kadar yuran yang diputuskan diserahkan kepada JPN Negeri sebagai ” Makluman ” sahaja.

3. Arahan Perbendaharaan 69 ; Kebenaran bertulis untuk memungut wang. Oleh yang sedemikian pengurus sekolah perlulah mengeluarkan surat kebenaran kepada guru kelas untuk memungut wang yuran seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat PIBG.

4. Wang bantuan kerajaan untuk PIBG (di Kumpulan Wang Kerajaan ) masih lagi dalam tanggungan pengurus sekolah. Oleh itu PIBG hendaklah merencanakan aktiviti dan dibayarkan oleh pihak sekolah ( mengikut budget yang diterima )

Sekiranya masih ada kekeliruan sila tinggalkan komen anda.

Sekian Terima Kasih.

…. SIY ….

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Sewa Kantin

Posted on November 23, 2009. Filed under: Pengauditan | Tags: , , , |

Berdasarkan perjanjian kantin antara pengusaha kantin dengan pihak kerajaan yakni
“sekolah”. Pengusaha kantin dikehendaki untuk membayar sewa kantin untuk tempoh 24 bulan berdasarkan kontrak perjanjian yang dipersetujui.

Contoh Tempoh Perjanjian :
1/1/2006 – 31/12/2007

Berdasarkan tempoh perjanjian diatas, satu masalah telah timbul dimana pengusaha kantin
yang tamat tempoh akan keluar pada bulan 12 manakala pengusaha kantin yang baru akan mula berniaga pada bulan 1. Masalahnya ialah barang-barang pengusaha baru hendak dibawa masuk pada bulan 1. Oleh sebab itu ia menjejaskan masa atau peluang berniaga ketika murid-murid berada di sekolah.

Okey, kembali kepada pengecualian bayaran sewa kantin. Bayaran sewa kantin hanya boleh dikecualikan apabila tamat tempoh perjanjian pada bulan 12 dan pengusaha tersebut mengosongkan premis tersebut pada penghujung bulan 11. Maka dengan itu barulah pengusaha kantin yang baru dapat membawa peralatan mereka untuk beroperasi sepenuhnya pada bulan 1.

Pada pendapat saya penyeragaman tarikh perjanjian hendaklah digunakan supaya tiada pertindihan seperti ini akan berlaku.

Contoh Tarikh Yang Dicadangkan :
1/12/xxxx -30/11/xxxx

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Pengurusan Kewangan Sekolah

Posted on November 23, 2009. Filed under: Pengauditan | Tags: , , |

A. Kawalan Pengurusan. ( Berdasarkan Kes Yang Ditemui )

1. Carta Organisasi Sekolah

Carta hendaklah lengkap dan dipamerkan ditempat yang boleh dilihat oleh orang ramai supaya orang luar dapat tahu untuk berurusan dengan pegawai yang sepatutnya.

2. Fail Meja Dan Manual Prosedur Kerja.

Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 8/96 menetapkan Ketua Jabatan/Pengurus Sekolah untuk memastikan Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja diberikan kepada setiap pegawai dan pejabat. Namun didapati kebanyakkan pegawai mempunyai Fail Meja tetapi tidak dikemaskini dan Manual Prosedur Kerja tidak lengkap.

3. Surat Penurunan Kuasa

Arahan Perbendaharaan 69  menetapkan Ketua Jabatan/Ketua Pejabat/Pengurus Sekolah menyediakan satu surat bertulis untuk kebenaran atau menurunkan kuasa untuk memungut atau menerima wang diberikan kepada pegawai/guru.

4. Jawatan Kuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun.( JKPA )

Surat Perkeliling Perbendaharaan Bil 2/96 menetapkan JKPA untuk bermesyuarat sebulan sekali atau sekurang kurangnya 3 bulan sekali untuk memantau prestasi kewangan jabatan/sekolah masing-masing. Disamping itu perlantikan hendaklah dibuat secara bertulis dan minit mesyuarat difailkan dengan teratur. Akan tetapi kebanyakkan jabatan/sekolah tidak membuat mesyuarat mengikut kekerapan dan ada yang tidak mempunyai JKPA langsung. Secara amnya di atas kertas mungkin ada JKPA, mungkin hanya sebagai pemudah cara kerana tiada pemantauan langsung dari Jawatankuasa ini dalam bab pengurusan kewangan sekolah. ( Tidak ternampak oleh mata kasar saya )

5. Pemeriksaan Mengejut

Arahan Perbandeharaan 309 menetapkan Ketua Jabatan/Pengurus Sekolah untuk membuat pemeriksaan mengejut pada peti besi atau mana-mana bekas simpanan wang dibawah jagaan pegawainya sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Namun didapati amat jarang sekali pemeriksaan mengejut dibuat. Bila ditanya kepada Pembantu Tadbir “Tak buat pun,cuma isi ja ” dan ada pula Ketua Jabatan/Pengurus Sekolah yang menjaga sendiri wang tunai (Panjar Wang Runcit ). Jadi tiada pemeriksaan mengejut dilakukan kerana beliau sendiri yang menjaga wang tersebut.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.